Khamis, 6 Disember 2012

hati yang kosong




kosong>>>>>>pasing ingat lagu najwa latif



Apa yang anda lihat.hari ni sy nk bt experimen atau uji kaji ckitt. experimen la sangat kot...hehehehe nmpk Gelas kosong bukan? Ya gelas itu tidak diisi dengan air tetapi hakikatnya gelas itu tidak kosong tetapi gelas itu penuh. Ya, gelas itu penuh dengan udara. Udara kan tak dapat dilihat sebab tu kita menganggap gelas itu kosong tapi dari segi hukum fizik gelas itu bukan sekadar gelas kosong. Macam tu jugak hati manusia. Tidak pernah ada istilah hati kosong tapi hati yang dahagakan kedamaian dan ketenangan adalah kerana hati yang dirasakan kosong itu sebenarnya jiwanya hampir mati. hati yang kosong perlu diisi dengan keimana tul x.. insyallah.keimanan dalam atie adalah seperti gelas yg kosong, semua x nmpk. tapi keimanan tu tetap ada. cuma kita perlu top-up kn keimana supaya ia x btl2 hilang.

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...

Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...
otak yang kosongg


kosong pada pandangan ja..tapi ia tetap wujud walaupun x nmpk iaitu cahaya keimanan kita dalam hati..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates