Ahad, 20 Mei 2012

nota cinta untuk dia

Fitrah manusia ingin dicintai & ingin mencintai
sesekali mencintai pasti akan terus mencintai
sesekali dicintai buat selamanya ingin dicintai

Oleh itu pesanlah pada diri
jangan salah memberi hati pada yang tak sudi menerima hati yang suci
sekali anda memberi buat selamanya anda ingin dihargai
sekali anda dilukai buat selamanya anda ingati

Pesan lagi pada diri
janganlah terlalu mencintai
sekali anda tidak dicintai buat selamanya anda dilukai
itulah fitrah cinta kita

Cintailah yang mencipta lebih dari apa yang dicipta
kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta
cintailah Ilahi sesungguhnya ia kekal selamanya!

**pesanan untuk aku sendiri ----> usah kejar cinta kepada manusia kejar cinta ilahi dahulu ,baru lah kejar cinta kepada manusia.

* cinta kepada manusia akan hilang, cinta kepada pencipta kita kekal selamanya


DiMaNa AdA kEmAhUAn , dIsItU LhA aDa hIgHwAy

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates