Jumaat, 8 April 2011

vedio kumpulan yg x berapa nk menarik



video kumpulan..hah!!!! sampai x tido 2 malam mahukan siap benda nih..janji siap nk antor ke pesyarah kami.walaupun x berapa hebat aku bangga membuatnya.akhirnyaa siap juga..time ni aku ambik subjek teknologi pendidikan dgn mejar jasmy..hehehe...harap sudilahh melihat video yang x berapa menarik..

gambar teknologi masa depan



Ketika tentera berada di medan perang, musuh yang paling berbahaya adalah musuh yang berada di belakang karena memang kita tidak boleh melihat musuh. tentara Amerika dimana DARPA sedang mengembangkan sebuah kacamata khusus yang disebut dengan Soldier Centric Imaging via Computational Cameras effort (SCENICC). SCENICC yang terdiri dari beberapa kamera memungkinkan para tentera boleh melihat seluruh area dengan sudut pandang 360° dan bisa melihat area yang berada jauh serta  boleh diperbesar sampai 10x (zoom in). Selain untuk melihat area medan perang, layar yang ada juga boleh menampilkan informasi penting dan tanda peringatan bila ada musuh di belakang. Untuk mengontrol semuanya itu, tentara tidak perlu menggunakan tangan mereka tetapi melalui perintah suara.Lebih hebatnya lagi, untuk semua fitur yang ada, alat ini mempunya berat tidak lebih dari 700 grams termasuk system kuasa yang boleh digunakan selama 24 jam.
Inovasi sebuah komputer terus bekembang untuk membuat pengguna semakin lebih nyaman dan cepat dalam mengakses komputer. Kenyamanan pengakseesan komputer kini diwujudkan dalam pembuatan mouse oleh produsen AirMouse. AirMouse adalah sebuah mouse dengan sistim seperti sebuah sarung tangan atau dengan kata lain mouse ini dipakaikan ke tangan anda langsung. AirMouse menggunakan sistim nirkabel dimana system kuasanya iaitu menggunakan bateri yang ada dapat bertahan selama 1 minggu dengan sekali isi ulang. Cara penggunaannya juga mudah, anggap saja anda menggunakan mouse tapi tidak ada mouse di bawah tangan anda. AirMouse juga menggunakan sistim laser sama seperti mouse lainnya dan optical diletakkan di bawah telapak tangan. AirMouse menjanjikan kecepatan dan akurasi dibandingkan mouse biasa.



Scramjet akan menjadi salah satu revolusi terbesar dalam sejarah transportasi dunia. Pesawat tempur tercanggih di dunia sekarang, F/A-22 Raptor milik Amerika berkecepatan maksimal Mach 2, atau 2 kali kecepatan suara. Pesawat penumpang Scramjet, akan membawa anda terbang dengan kecepatan 10 kali kecepatan suara. Penerbangan dari New York ke Tokyo yang sekarang ditempuh dalam waktu 18 jam yang panjang dan melelahkan, akan ditempuh Scramjet, hanya dalam 120 minit( 2 jam) dari 18 jam. Scramjet tidak perlu memakai bahan bakar roket biasa yang mahal dan berat, bahan bakarnya menggunakan hidrogen cair yang dicampur penyedutpan oksigen langsung dari atmosfer (air-breathing scramjet engine). Pembakaran hidrogen dan oksigen pada kecepatan supersonik inilah yang akan mengakselerasikan kecepatannya. Ini akan membuat penerbangan dari satu tempat ke tempat lain di seluruh dunia menjadi supersonik



Sejadah Masa Depan
inilah sejadah masa depan yang di ciptakan oleh Soner Ozenc . Yang menarik dari Sejadah ini adalah dapat mendeteksi alat kiblat yang benar, bila kiblat tidak tepat sejadah tidak akan bersinar , jika sejadah berada ke arah kiblat yang tepat maka akan mengeluarkan Cahaya.


Pesatnya teknologi yang berkembang saat ini menambah idea dan rasa kreatif untuk menciptakan sesuatu yang ramah lingkungan serta pemakaiannya pun mudah dengan memanfaatkan lingkungan sekitar manusia Chih-Wei Wang dan Shou-His Fu,  designer asal China mendesign MP3 player secara khusus. Diberi nama Skinny Player, pemain muzik ini tidak perlu disematkan di baju, ikat pinggang, atau dikantungi. Cukup ditampalkan ke kulit penggunanya, serperti plester pembalut luka. Sungguh unik design yang diciptakan serupa dengan cara kerja pembalut luka yang memiliki pelekat sisi. Konsep audio player digital ini menawarkan satu ruang untuk album lagu .Kedua designer MP3 player yang mereka desaign tidak akan kehilangan daya rekatnya meski telah dipasang-copot sebanyak ratusan kali dari kulit. Seperti diberitakan Discovery, selain dapat ditampal pada kulit, MP3 player ini juga tidak memerlukan bateri. Untuk berfungsi, Skinny Player hanya memerlukan haba dari tubuh manusia. Dari informasi yang beredar, Skinny Player hanya memiliki butang on/off dan speaker fleksibel yang boleh dilekuk sesuai dengan permukaan tubuh.


Laptop yang boleh digulung
laptop ini mempunyai kelebihan iaitu boleh digulung seperti menggulung sebuah kertas, layar LCD yang digunakan sangat fleksibel dengan di dukung oleh fasilitas multitouch. produk yang sangat menarik

Magic Tricycle, A Motorbike Tricycle



Memiliki bentuk seperti sesuatu dari film Transformer, konsep sepeda motor ini dapat berubah dari tiga roda menjadi dua roda. Untuk jalan raya yang besar kendaraan ini menggunakan ketiga rodanya, namun ketika jalanan menyempit seluruh kabin penumpang berputar, mengangkat roda ke-tiganya ke udara, yang menyerupai ekor helikopter yang menjaga agar chasis stabil. Tempat duduk pada kabin tetap menghadap ke atas pada saat rotasi sehinga minuman anda tidak akan tumpah. Desain ini diciptakan oleh Seyyed Javad Ghaffarian untuk Car Design News 2008 Design Contest. Kendaraan ini disebut MAGIC TRICYCLE, sebuah nama yang sesuai mengingat betapa sulitnya mewujudkan ide ini menjadi kenyataan.






Di masa depan, Anda hanya boleh nonton TV atau browsing hanya dengan menggunakan lensa kontak (contact lens).alat mungkin sama seperti sebuah kaca mata yang boleh menampilkan gambar,video yang banyak, tetapi yang berbeza  yang satu ini dalam bentuk contact lens yang lebih kecik dan hanya dipakai seperti conyact lanses. contact lenses mempunyai sebuah "layar LED" untuk menampilkan gambar/ teks dan sebuah transmitter untuk menerima semua gambar yang dikirim.


Honda 3R-C adalah kenderaan masa depan beroda 3 keluaran Honda.Ia mempunyai 2 roda di hadapan dan 1 roda di belakang.Kenderaan ini menggunakan kuasa elektrik (bateri) dan hanya mempunyai 1 tempat duduk.Ia mempunyai kanopi lutsinar yang menutupi tempat duduk pemandu apabila kenderaan ini tidak digunakan.Kanopi ini juga bertindak sebagai pelindung terpaan angin ketika kenderaan ini bergerak.Di bahagian hadapan kenderaan ini terdapat ruang untuk menyimpan barang.




Konsep vKeyboard vMasa Depan Unik dan Canggih. Berbagai konsep teknologi canggih masa depan dirancang desainer teknologi, kali ini desainer Rusia Marat Kudryavstev memiliki idea yang berbeza yaitu konsep Gadget Komunikasi terbaru Keyboard masa depan. Konsep Keyboard Masa Depan Unik dan Canggih. Konsep unik Keyboard masa depan ini dapat digunakan pada permukaan datar, dengan bentuk hampir sama dengan konsep eroll ebook masa depan. Konsep gadget yang menghubungkan dengan server ISQ dan memproyeksikan gambar pada beberapa permukaan datar.Projek-projek perangkat tipis keyboard ke permukaan datar pilihan Anda. Terlepas dari kenyataan bahawa, misalnya meja tidak memiliki fungsi touchscreen.




Ia mampu menjejaki sasaran sehingga 700 meter, menjangkau had kebanyakan raifal yang digunakan tentera hari ini. Ia juga boleh diprogramkan untuk meletupkan bom yang dilancarnya pada jarak tertentu, membolehkan tentera mensasar musuh di sebalik tembok, batu besar, kubu atau dalam bangunan. Revolusi canggih itu membabitkan pelbagai saluran penglihatan, pengesan dan laser yang mampu menentukan jarak sasaran, menilai elemen seperti tekanan angin dan suhu dan kemudian menghantar data kepada cip mikro yang dilengkapkan pada peluru grenad XM25 sebelum ia dilancarkan. Penggunaan XM25 boleh mengurangkan kematian di kalangan orang awam dan kerosakan, kata pihak berkuasa tentera Amerika kerana kesan letupan grenad tidak meluas seperti peluru meriam atau bom yang digunakan dalam serangan udara. Lehner berkata XM25 amat istimewa sehingga ia tidak memerlukan latihan yang banyak kerana teknologi berkuasa tinggi yang melakukan hampir semua tugasnya.Sistemnya meningkatkan askar berkemahiran biasa dalam menembak menjadi penembak berkemahiran tinggi. Kajian yang dilakukan penyelidik ketenteraan menunjukkan XM25 adalah 300 peratus lebih berkesan berbanding senjata yang digunakan di peringkat skuad




contoh kulit buku


contoh kulit buku mungkin suatu hari nanti saya akan cipta buku ini...

Adakah Anda Pengidap Disleksia?

Apakah Disleksia
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Ciri-Ciri Pengidapnya
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

APAKAH AUTISME

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)
DEFINISI
Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.
FAKTOR-FAKTOR AUTISME
Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).
Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).
Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.
Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).
CIRI-CIRI AUTISME
Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:
i. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
ii. Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:
• Suka bersendirian.
• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada
memandang orang lain.
• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
iii. Gangguan Deria
Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
• Sensitif pada sentuhan.
• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
iv. Pola Bermain
Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun
melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang
dipegangnya.
• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja.
v. Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.
vi. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:
• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa
terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada
melakukan sesuatu yang diingininya.
• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.
• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME
Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.
Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.
Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.
Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

Template by:
Free Blog Templates