Isnin, 30 April 2012

rindunya



CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA

pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…
Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…
Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….
Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

Jumaat, 27 April 2012

SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS 2012 UKM




PERKONGSIAN ILMU REKREASI DALAM KOMUNITI PENDIDIKAN KHAS

 CONTOH TAG NAMA


BANNER PERKONGSIAN ILMU REKREASI DALAM KOMUNITI PENDIDIKAN KHAS DI INDONESIA UNIVERSITAS NEGERI MALANG DAN UNIVERSITAS NEGERI SURABAYA

BENGKEL PENAKSIRAN BERSAMA PAKAR



Isnin, 16 April 2012

sudikah pakcik menjadi ayah mertua saya?


wahhh ni baru betul kn..hehehe kna bodek bakal mertua klu nk anaknya kn. kelakar-kelakar ada ke org cm ni.wakakaka.. biasa la nk jadi menantu kesayang kan katakan..untung laa kn..jadi menantu kesayangan, anak sendiri pom x sampai tahap cam tus..tapi ok laa kn. leh kongsi kasih sayang dengan mertua...hehehehehe...jgn lebih2 plopp yer..

apa korang yang akan fikir? boleh ke tidok!!!!

Adakah berlaku ke pada zaman sekarang????????. urmm berfikir sejenak.hahhaha entah la no komen. klu zaman nabi dahulu memang ada. bab kata ustaz azhar idrus boleh wanita lamar lelaki. memang sah dh boleh dan x salah kn. urmmm klu berlaku mesti org sekeling kampung akan cakap.. perigi cari timba la..apa laa..tu pribahasa  dlu-dlu..mmg laa perigi x leh cari timba, sebab dh nama pom perigi mana ada kaki nak gi cari timba, jgn nak samakan dengan manusia, manusia ada kaki, ada tangan, ada mulut, boleh laaa gi cari timba betul x???? btl lass tuss..hehehehe biasa laa mulut tempayan kita boleh tutup, mulut manusia kita xleh tutup.. tutup dgn kaki boleh laaa kot. tutup dengan batu jokong ke.baru senyap..banyak sangat mulut, benda baik2 x nk cakap. duk cakap benda yang x elok..biarkan saja mulut manusia, klu dah penat mereka berhenti lass tu kn..sampai bila diorang nk cakap, penat mulut diorang berhenti lass tu....apapom wanita lamar lelaki dibolehkan. hehehe..agak2 aku pom nk tunggu cam tuss lahh....klu ada yg lamar comfm aku terima.tapi kna la tunggu 5 tahun lg.pastu comfm terima jadikan calon isteri.hahahhaahaha...mcam-macam terpk..

Template by:
Free Blog Templates