Khamis, 29 Mac 2012

Doa Menaikkan Seri Wajah


* insyallah klu kita amalkan dapat menaik seri wajah kita
*tapi klu amalkan yang ni. tapi benda yang wajib tidak dibuat pom x de guna gak yer.jadi tunaikan yang wajib dlu.

Isnin, 26 Mac 2012

Lawak Kelakar Cikgu Ramli Dan Anak Murid Mat




Cikgu Ramli: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Ramli, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”


Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ramli telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ramli pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.


Cikgu Ramli sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

Cikgu Ramli : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…

Cikgu Ramli : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

Kisah Motivasi buat semua..renung-renungkan ya

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab.
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab.
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu

Ahad, 25 Mac 2012

Cita-Cita Seman bin Leman..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?",

tanya cikgu. Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

@#$%^&** Seman...seman...Anak saper le ni....:))

klu papan tanda ni ada kat malaysiakan baguss..

Harapan aku dan harapan mak dan abah

Jumaat, 23 Mac 2012

renung-renungkan...


*peringatan untuk kita semua..

jumpa bakal pak mertua

urmm kna laa bersiap sedia...kot2 t ada soalan jew dgn pak mertua,,hahahha ada ker??????entahh x taw..x taw..ada kot..x mungkin suatu hari nanti..sbb seorang ayah mesti nk yang terbaik untuk anaknya..jadi kna laa uji calon menantu dia..kot leh jadi menantu kesayangan, jgn jadi menantu tu hantu plakk...kot2 penipuu..hehehhe...tapi ada laa kat dunia nih..arhhhhhh x yah ckp kat dunia besar sangat..kat malaysia pom ada..penipu jew cranya..semua benda nipu...kat duina mmg x nmpk..tapi bila diakhirat kelakk taw laa seksaan yang menanti...bila pk...takuttt.berdebar rasa bila nk jumpa ngan mak mertua dan pak mertua..kot tnya soalan yang bukan..tapi diorang pom fhm cm ner kta..arhhhhhhhh lmbt lg laaa..5 taun lg...5 taun lg.....sabar yer mohd anuar..hahhahahhaha..

mintak x ada cm gnie..

ada ke cm gnie...ada kot..zaman sekarang..zaman org yang suka duit..semua org suka duit..klu org x suka duit..tu ada samething laaa kat dia..ahahahha mmg pom mata duitan lah...klu aku senang jew..klu ada cm gmbar kat atas tu buat aku..ok boleh jew..sy bgi duit tu.. sy bli awk dgn harga tu..awk tu dh jadi milik sya..suka hati sy laa bila dh jadi  sbb awk dh jadi brg sy..hahahahha..sape suh bgi hntar banyakkkk2...---------> boleh ke bt cm tuss...tapi aku bknnya kejam sangat sampai nk suh isteri jadi hmba abdi..isteri tu adalah amanah dari allah..utk menjaga kerana dia adalah insan yang lemah..---> lemah ke?? lemah kottt? sbb dia perempuan..aku nie lelaki...tapi ada jew yang lebih kuat dari lelaki.tu fizikal jew..tapi hakikat wanita mmg perlukan seseorg lelaki.untuk melindunginya..btl x..tapi tu pendapat aku...dop taw laa pendapat org..sbb aku mudah lemah disisi wanita...lemah ke...hahahahah lemah kot..btl ke aku pencinta wanita..---> bkn org kata aku sendiri jew yg kata..hahhahaha...ape pom x taw lg..sbb aku blm pernah bercinta...

syabas cikgu..*hope aku jadi cm gnie...

ada ke cikgu cm gtu...

bila dah jadi cikgu kita kna bt perancangan btl..jgn jadi cm gmbar kat atas tus..tapi jgn salahkan cikgu..sbb semua org yang dilahirkan kat dunia..ni ada kekurangan dan kelebihan..sama2 kita kurangkan kelemahan..aku *hope aku x nak jadi cm tus..aku nk jadi cm diriku jew..hahaha mmg laaaa kau x jadi org lain dah mohd anuar wehhhhh...hahahhhaha..kau tetap kau jgn jadi org lain..(monolog dalaman)..tugas menjadi seorg pendidik ni---> pendidik ke..hehheh ye laaa pendidik kot..banyak tugas jadi seorg guru perlu bijakkkk---> bijak jew..mesti laaa bijakk x kn dapat jadi cikgu lopp klu x bijakkk...hehehhe dan kat sape yang tuduh cikgu  cm dlm gambar tu..harap jgn jadi cm tu..sbb semua ada komitmen masing..berterima kasih kepada cikgu yang ajar anak kita..tanpa mereka siaplah anak kita lepas kita sbegai ibubapa..


cikgu kat pedalaman ada kaitan dgn perancangan masa depan..


*x mugkin suatu hari bila nk posting..hantar kat sabah sarawak..lg kat pedalaman...x ase x nk gi..tapi bila pk blikk goppp....dapat duit banyakkkk ----> mata duitan..ye laaa kna laa jadi mata duitan..sbb kna bt peracangan masa depan..nk tlg mak dgn abah dan adik lg...pastu nk kwin..kna laa ekonomi stabil baru laaa x mkn pasir bila kwin..hahahaha..ehhh tiba2 mengarut sal kwin lopp...rasa klu bincang bab kwin, semua org suka..termasukkkk ----->aku.. clasmate aku pomm...klu bincang bab cm gni...mmg x ngantokkk...entahhh laa apa yang ada dalam pkiran diorangnyaa..nk kwin dh kot...bkn apa..semunya dah besar dh boleh kwin dh pom..tu lumrah kehidupan..--------> klu aku..malas ahhh nk pk sal kwin..bnykk tanggungjwb lg blum diselesi..sbb tu lah aku malas nk bercinta...sape nk bercinta dgn saya...----------> kna tunggu 5 tahun lg...sanggup ke..hahhahhaha... ahhhh bercinta..bukan ada org nk pom kat aku nih...klu ada org nk pom pasti org tu buta..klu org tu x buta...cmfm dia x nk ahhh...tapi apa pom..aku selalu bedoa ajar aku dapat jodoh yang terbaik yang dapat menerima kelemahanku..dan dapat bantu aku kelakk.....

kisah guru dan murid

Seorang guru sedang mengajar murid tahun 1...

Cikgu: Murid2... tahukah kamu binatang apa yg suka makan ikan?
Murid: Kucing cikgu..
Cikgu: Bagus. boleh bagitahu cikgu, kucing ada berapa mata?
Murid: Dua Cikgu..
Cikgu: Pandai! sekarang bagitahu kucing ada berapa kaki?
Murid: Empat cikguuu..
Cikgu: Pandaaaii.. sekarang bagitahu cikgu, kucing ada berapa telinga?

tetibe seorang murid berdiri.


Murid: cikgu, boleh saya tanya satu soalan?
Cikgu: Boleh. Tanya lah.

Murid: CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE?

** x mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa yang murid yang macam nie..abis cm ner laaa aku nk jwb soalan yang mcm dari mereka nih...ada yang terlebih pandai dari cikgu....apepom ku harap aku dapat bt yg terbaek insyallah...

Rabu, 21 Mac 2012

hasihat untuk semua...

susahkan klu cm nih..


susahkan klu cm nih...urmmmm...itu sebab pernah berlaku padaku...
arhhhhhhhh...benda dahh lepas usah dikenangkan...bunga bukan sekumtum...berbanyak kumtum lg ada..malah bunga yang sedang tumbuh dan yg belum bunga blum tumbuh pom ada...sabar2 ada seseorg untuk mu nanti..

(lucu) kertas soalan murid


cm nie laaa agak2 bila time semak kertas jawpan murid..cm2 jumpa..benda cm nie laa 
dapat hiburkan hati..hahhaahha kelakar..
bayangkan klu 3 orang pelajar cm nie..
fuhhh alamat cikgu masuk hospital sakit jiwa laa..sbb-----> kuat ketawa..hahahhaha..
apepom jawapan murid kita sebagai seorang guru jangan perlekehkan nanti murid lak sekehhh cikgu lopp nanti...dopp pasal2 bekok atas kepalo..

permintaan lagu ditunaikan untuk cikgu anuar

berat nanang..

klu cm nihh lahh...

tugass guru fuhhh...

ponattt den.....

tapi ape pomm...

tu mmg tugasnya...

mulianyaa tugas seorang guru....

tugas seorg guru..x kira masa.x kira ketika..mungkin suatu hari nanti..aku akan jadi cm nie kot..hehehehe..kelam kabut..siap ada permintaan lagu lg utk cikgu anuar lg....cikgu anuar kamu boleh buat..
rasa berat beban guru..tapi asalkan kita ikhlas untuk mendidik..semogaku tabah menghadapi cabaran bila dah bergelar seorang pendidik insyallah..

guru kau penyuluh hidup kami

dulu............
berkat cikgu yang pernah mendidik aku..akhir aku sampai cni..aku skrg stdy kat ukm dalam bidang special of education..klu dahulu guru penyuluh hidup kami dan x lama lg aku akan menyuluh hidup anak-anak murid yang aku akan didik..insyallah..segala ilmu yang aku belajar kat ukm aku guna untuk mendidik anak murid ku kelak..

Cerita Ita dan Ayah: Kisah Seorang Ayah dengan Anak Kecil, Ita

Anak amanah dari ALLAH utk kita sebagai ibubapa mendidik dengan cara yang baik dan betul didikan, fikir dahulu sebelum bertindak, nk ajar anak pun, jgnlah sampai kasar-kasar dia masih kecil,masih tak tahu apa2. ibubapa perlu didik mereka dengan cara yang betul.ini mungkin pengajaran bt kita untuk mendidik anak kita nanti..jangan jadi seperti cerita dalam nie...mengesal pun tak ada gunanya..didik lah mereka dengan kasih sayang..


Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

    Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”

   Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !”
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

  Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

   Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

    Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

     Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

     Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya …
‘ sayang anak sepenuh hati…sayang harta ala kadar cukup..harta takkan mendoakan kita bila sudah tiada di dunia..’

Jumaat, 16 Mac 2012

satu cerita dikongsi bersama


Nama yg diberi ialah MOHD ANUAR, nama ini beri oleh mak ngan abah tercinta yang palingku sayang. panggilan manja yang diberi oleh mak dgn abah ialah nua jew----> manja ke..manja kot.....masih belajar kat ukm jurusan special of education atau pendidikan khas. sy nk ucapkan berbanyak terima kasih kepada mak dan abah kerana memberi didikan yang cukup kepada ku..tanpa mereka siapalah aku kat dunia nie.aku dilahirkan ke dunia ini, sebagai hamba allah, yang tidak tahu tentang apa2. aku time dilahirkan ibarat kain putih yang suci dari segala dosa. mereka ini lah yang bergelar mak dan abah yang membentuk dan mencorakku untuk menjadi insan yang berguna.inysallah....sbb tu lah aku amat sayangkan mereka lebih dari segalanya. jasa mereka tidak dapatku balas walau berjuta tahun aku hidup. disaat aku sedih, mereka memberi aku kegembiraa, sangat aku susah hati mereka yang membuat aku kembali senang..saat aku tiada duit..mereka lah yang menbantuku..mereka akan usahakan juga untuk mencari duit..untuk aku teruskan pengajian.bila dipk2kan balik..sedar x sedar aku dah berada kat ukm dan masuk tahun 3 sem 6. bermakna aku ada 1 tahun lagi sebelum menamatkan pengajian. lepas belajar dah banyak dah plan2 yang terdapat dalam pkiran..ingin aja aku keluarkan semuanya..apakan daya..aku hanya insan lemah,hehehhe..


-----> nk cite arr ckit sebanyak tentang pengalaman atau sejarah time sekolah hari tu..


time sekolah kat SK KULIM 1-6

.......teringat masa zaman sekolah, aku bukan budak pandai mana pom.---- mmg x pandai laahhh...tapi time sekolah rendah, di sekolah kulim, aku berada diclas pintar, nama jew clas pintar tapi clas yg paling hujung sekali, dalam bnyk2 pelajar, aku seorang pelajar yang x pandai, buta huruf dan x taw nk menulis, banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan, zaman sekolah dahulu hampir 2 3 4 bln aku x nk g sekolah,arrhhhh peduli ape time tuhh..aku budk2 x pk dh...cuma pk nk hidup senang... tiba lah suatu saat, terdetik hatiku untuk ke sekolah, mungkin boring kot berada dirumah, aku time ni agak keras kepala, semua nasihat mak dan abah tersayang aku ingkari,mak dan abah sudah pujuk segala bagai untuk aku pergi ke sekolah, urhhhh x makan saman aku time tus.. DEGILLLLLL...maklum lahhhh keras kepala.keras cm batu kott..DASAR KEPALA BATU....HAHHAHAHA .rasa ketawa seorg2 bila karang cita nie..apa pom aku teruskan jua karang kisah hidupku...

.........setelah bercuti hampir 3 bln..bercutiii konon.bercuti kottt dh x gi sekolah...hahhahhaa...bila datang ke sekolah, kerusi yang aku duduk dahulu sudah duduk oleh pelajar baru, tu lahh kn... lamanya aku cuti sampai ada pelajar baru pindah masuk dan ambikk tempat duduk aku, aku pom mengambil keputusan untuk duduk dibelakang sekali seorg diri......tiba lahh pengajaran disekolah sehngga upsr..time nih takut sangat sebab apa aku nie budak x pandai, baca abc pom x berapa betul lg..hahhaahahha...sah nk mengeja..langsung x reti..lepas result keluar, aku dapat laa 1 A  2 B dan 2 lg F gagal..yang dapat A tu bukan apa..semua soalan objektif dapat laaa tiru member sebelah... tu dapat markah ok ckit..hehhehe..jahatkan..tu laaa time dulu x nk belajar..


Dipendekkan cerita.........


 ---------> time sekolah menengah di SMK DATO MAHMUD PADUKA RAJA 2


......dan aku pom teruskan pengajian ku disekolah menengah, di smk dat0 mahmud paduka raja 2. time2 daftar lg. aku dah gelabah, takut nk g sekolah, kerana bila disekolah menengah nie semua kena tulis pakai pen, karang karangan panjang2 gilaaaa .maklumlah aku nie langgsung x taw membaca, sah nk tulis dgn pen, dgn pensel pom x berapa betul..hhahahaha. bila daftar aku ditempatkan diclas radon, klu x silap clas no 2 terpandai laa..konon, bukan main bangga lg cita kat mak abah, aku duk clas pandai, tu hanya bertahan 2 minggu jew...hahahahhaha, dalam masa 2 minggu, cikgu telah melakukan penaksiran untuk mengenal pasti pelajar yang x leh membaca, aku lah salah seorg pelajar itu, bukan maen malu beb dgn rakan sekolah, sbb x taw membca,,,hahahhaha rasa nk tergelak bila kenangankan benda2 gnie..mmg gelakkk pom..hahhahaha...aku diturunkan di kelas helium clas yg paling last, duk dalam kelas tu, bercampur, ada yang pandai menbca, tetapi x laaa selancar budak pandai, aku hanya bertahan dalam clas helium selama sebulan, guru telah membuat satu kelas khas untuk pelajar yang tak reti menbaca langsung terutama aku lahhh orgnyaa...iaitu nama clas platinum. clas diletakkan dihujung bangun, diasingkan dari pelajar pandai, aku nie x pandai, elok lah diletakan di clas paling hujung( dgn nada yang sedih) sedihh kot time tuss..biasa laa jiwa remaja mudahh tergurisss...teguriss kott...hahhahaa


---dlm clas platinum

disini lah aku dilatih untuk belajar membca, aku diberi buku BACALAH SAYANG dari sini aku diajar abc dan cara mengeja perkataan mudah ke sukar, adalah seorg guru nie.....bila2 pk2..takut gillaaa kat cikgu nie..nama cikgu nie..cikgu ahsiah cikgu sains..guru yang paling garang antara yang tergarang kat sekolah, garang kottt, sbb semua orgg takutt, termaksud aku, dia yang ajar aku dan rakan2 untuk menbaca, time nie aku dilayan seperti pelajar pra sekolah yang baru nak belajar menbaca.MGG PELAJAR TADIKA KOT.. biasa laa sama cam pelajar pra sekolah, jawab exam pom soalan dia cm soalan pra sekolah,hahahahahaha lucukan time tusss... sama2 x pandai baca,, tapi ada jugak yang salah, agaknya pelajar tadika lebih pandai daripada aku,belajar mewarna, pagi2 belajar menyanyi,,cm korang tadika dalulu, masa from1 aku dapat rasa belajar cm pra sekolah, sbb aku dlu x  masuk tadika atau pra sekolah, tiba2 rasa bangga dapat gak rasa keadaan time tadika, pada hakikatnya aku dapat rasa dh pom semasa from1..baca sifir dan hafal sifir..cm 2 lg lahhh...rasa seronok gakk laaa..hehehehe..seronokkk...




......disnilah aku bermula dan aku berazam sekiranya aku pandai membaca kelak, aku akan terus menbaca buku.. dgn berkat usha ku..aku dapat no 1 dalam setiap kali ada exam, dapat no 1 pom sbb soalan dia, cam budak tadikan contoh soalan,cm gnie lahh suaikan bulatkan, kira tambah,tolak, susun gambar cm2 lg soalan cikgu buat untuk samakan tahap aku time tus. ditakdirkan aku dan boleh dah baca ckit.. tu pom baru merangkak2 eja perkataan..klu ada perkataan panjng aku dah x leh nk eja..perlukan masa untuk aku menbaca,,berkat usha gigih aku, aku dah boleh dah ckit2 membaca, tapi stil dalam clas tu dgn member aku.


 masuk from2 aku masuk semula clas helium, dari ctu aku cuba buktikan bahawa aku pom boleh berjaya dan boleh lawan pelajar2 yang sudah pandai berbanding aku, aku cuba, pada mula takut jugak rasa, first exam aku dah dapat no 3, wahhh permulaan yang baik nih...dan exam seterusnya aku dah dapat no 1..tapi still merangkak dalam membaca, dapat laaa jugak hadiah yang guru bagi kepada dapat no 1 dalam clas, wahh rasa gembira sangat time tu.. dapat hadiah di depan perhimpunan lg.. tapi aku still x pandai lg..masih merangkak2 dalam membaca.. arrhhhh gembiraaaa laaaaaaaa bebbbb..


masuk from3 aku dinaikkan clas...dalam banyak member aku, hanya aku seorg jew dinaikan clas,,maklum lahhh dapat no 1 tiap kali exam..hehee...aku bertekad satu jew..aku nk lawan dan nk lintas semua pelajar dalam clas aku masa aku from3..tapi aku still belum lancar membaca.. tapi boleh laaa..ckit..berkat usha aku yang x seberapaaa rajinn nihh..from3 nie biasalah nk ambik pmr..rasa mencabar jgakk laa time tu...sbb semua pelajar pandai2..aku bertekad nk lawan budak2 pandai, wahhh bersemangat gilaaa time nih...tiba lah exam awal tahun, aku  diuji dgn seolan2 pelajar biasa2..bila keputsan keluarrr bkn main tekejutttt aku, dapat no 5 klu x silap..entah btll entah tidakk maklumlahhh...dh lama dhhh dh lupaa...tapiii result aku dalam top 10 laa..aku ingattt...member aku dalam clas tu...cm xpercayaa laaa...sbb aku dapat no 5..1 hngga 4 perempuan dan aku dapat no 5..bukan main gembira lg..urhhhh rupanya dak2 dalam clas nie pom sama jew tahap cam aku( dgn nada banggakan diri..hahhahah) tiba lahhh exam seterusnyaaa...dapat jew keputusan..wahhh terkejutt berukk aku...aku dapat no 3..ada laaa peningkattan..lg laaa terkejut berukk member aku yang lain...diorg xpercaya sbb aku dah dapat lwan diorng...sampai laaa exam pmr..exam sbelum nie aku masih dalam rangking top10 dalam clas, bila result keluar sekali lg aku diangkat kelas,, maklumlah dah makin pandai dah ckit...hehehhe...dalam banyak kawn2 aku masa clas platinum aku seorg sahaja yang menonjol meniggalkan member aku jauh kebelakang, ckit demi ckit aku dah lancar dah menbaca, baru sekarang rasa setaraf dgn pelajar lain.SBB DH PANDAI DH CKIT KOT.pada mula exam time from4 aku juga dalam rangking top10...terkejuttt laaa jugakk rupanya mereka dalam clas tu...rupannyaa setaraf jw dengan aku..aku perlu usha lebih lg untuk mendapat keputsan cemerlang..semasa from4 aku beberapa kali dapat hadiah no  1 2 dan 3.. aku dah makin mahir dan ckit tentang pembelajaran berkat usha aku, aku tamatkan from4 dgn cemerlang, masa from5 aku sekali lg dianggkat clas iaitu clas radon, clas asal time from1 dalulu..wahh bangga rasanyaaa...rasa rendah diri tu hilang, sbb rasa setaraf dngn mereka..dalam clas nie juga aku dapat top 10..mahu x terkejuttt member aku, aku kaum lelaki sahaja yang dapat top10... member masa from1 pandai dahulu pom aku pintas dan aku cuba lawan mereka,,akhirnya aku berjaya..from5 adalah peperiksaan sijil pelajaram malaysia SPM.. aku dapat result berapa xok..tapi cukup sekadar lulus..cukup mkn jew dan x ada yang gagal. dapat banyakkk jugakk laaa B..A x  ada pom cuma ada 2 E tu BI dan MATEMATIK.hahhahaha. sbb aku x pandai matematik dan bahsa inggeris...bila KELUAR result SPM aku dapat teruskan pengajian dalam STPM..


STPM Kat SMK DATO MAHMUD PADUKA RAJA 1
Pada from 6 biasa laa..mesti masuk 6 bawah dahulukan..hehehe..aku duk clas 6 bawah time kat sekolah tu 6AB2 ..clas no 2 yang ambik bisnes stdy dgn sastera<----- ALISAN SASTERA JEW... time nih bajett dalam pkran ku ialah semua pelajar dalam kelas aku nih..semua belajar pandai...aku dah set dh dalam otokkk yang sentiasa x berapa btlll..ye kottt..hehehhe. tiba2 time examm..aku dapat keputsan x berapa elokk maklumlahhh banyakkk maen2 kot...hahhahahah mgg pomm bnykk maenn..biasa laa hero  dopp gaduhh..bagi laaaa kat org laen dapat no 1 dalam clas...bila next exam akhirnya aku dapat laa top 10 dalam clas tu...heheheh..org laen lg pandai kot dari aku..sbb tu x dapat no 1.hehhe..kaum adam dalam clas tu x silappp aku laa dalam 5 ke 6 org cm tu laaa lupaaa dahhh..dh nyanyukkk kot..x pomm bnykk makan semuttt time buat airr..semut masuk dlm gulaa malas nk guna penapis..teruss minum.. ye kot..hahhahaha...


masa up6 aku naek clas...time tu aku masuk clas 6AB1 dari 6BB2 naek ke 6AB1 ada laa peningkatan ckittt.ckit jew kot...


----> dipendekkk cite


bila keluar result STPM aku dapat meneruskan pengajian ku di universiti putra malaysia.tapi hanyaaa hampir 2 bulan sahaja aku berada disana dan aku dapat tawaran dari UKM dalam bidang pendidikan khas dengan kepujian..sampai lah sekarang aku sekarang sudah tahun 3 sem 6...jap jew masa berlalu..tapi x sangka aku dh berada kat cni.. sedar tak sedar aku dh ada kat ukm hampir 3 tahun bermakna aku ada 2 sem lg untuk menamatkan pengajian ku disini...




sekian sahaja ---> sedikit pengalaman yangku ingin kongsikan.-----.>satu cerita dikongsi bersama<----

"Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal"

Salam semua, pagi tadi aku dapat satu email yag aku kira amat berguna untu aku kongsikan di'sini, sebab surat ini khabarnya berjaya 'menyentuh' banyak hati.. juga hati aku, selain mampu mengingatkan jasa ibu kita, aku kira ia juga mampu memberi impak positif kepada semangat kita untuk terus berusaha dalam lapangan masing-masing,dengan izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga aku fikir, sesuai di'hadiahkan kepada anak-anak (bagi mereka yangg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak-anak kita sentiasa lembut hatinya kesan sejurus membaca surat ini.


"Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal" 

Mak..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..
Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..
mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih

p/s: jika kau masih ada ibu, gunakanlah masa yang ada untuk ber'bakti dengannya. Jangan biar ibu nagis kerana kejahatan kita, biarlah ibu menagis gembira melihat kejayaan kita :)

Template by:
Free Blog Templates