Khamis, 6 Disember 2012

hati yang kosong




kosong>>>>>>pasing ingat lagu najwa latif



Apa yang anda lihat.hari ni sy nk bt experimen atau uji kaji ckitt. experimen la sangat kot...hehehehe nmpk Gelas kosong bukan? Ya gelas itu tidak diisi dengan air tetapi hakikatnya gelas itu tidak kosong tetapi gelas itu penuh. Ya, gelas itu penuh dengan udara. Udara kan tak dapat dilihat sebab tu kita menganggap gelas itu kosong tapi dari segi hukum fizik gelas itu bukan sekadar gelas kosong. Macam tu jugak hati manusia. Tidak pernah ada istilah hati kosong tapi hati yang dahagakan kedamaian dan ketenangan adalah kerana hati yang dirasakan kosong itu sebenarnya jiwanya hampir mati. hati yang kosong perlu diisi dengan keimana tul x.. insyallah.keimanan dalam atie adalah seperti gelas yg kosong, semua x nmpk. tapi keimanan tu tetap ada. cuma kita perlu top-up kn keimana supaya ia x btl2 hilang.

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...

Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...
otak yang kosongg


kosong pada pandangan ja..tapi ia tetap wujud walaupun x nmpk iaitu cahaya keimanan kita dalam hati..

Rabu, 5 Disember 2012

cinta tak perlu dipaksa atau terpaksa


>>>>>>>>>>>mcm poyo jew tajuk entry malam nih<<<<<<<<


Cinta dan Sayang harus keluar dari hati <3 <3 <3..Bila cinta dan sayang itu telah dilakukan dengan cara dipaksa atau terpaksa sama jew kot, terr dgn di..hahahaha  maka semua itu tidak akan mencapai sesuatu yang sejati... >>>entah laa labu...sejati >>> klu sebut sejati pasti ingat lagu sejati-wings atau akan ingat kumpulan sejati....Biarkanlah cinta dan sayang itu mengalir seperti air dalam hidup ini, air ia akan terus mengalir ke pelusuk dunia atau ke dalam perut manusia, sbb kita minum air..hahahha..karana dengan demikian disaat kita menjalaninya tidak ada yang merasa disakiti dan menyakiti. jadikan cinta dan sayang itu surga dalam hidupmu. =) isnyallah..cewahhhh>>>>>tiba ja nk tulis...

Sabtu, 1 Disember 2012

Sayangi keluarga




"...akan tiba suatu ketika...insan tersayang pergi meninggalkan kita...hati sedih tak terkata...suram sepi di sudut jiwa...andai manusia tahu apa erti bahagia...pasti setiap hari ada rasa cinta...luahkan kasih pada mereka...insan yang bernama keluarga...insyaAllah, pasti membawa ke syurga...amin.."


p/s: sayangi ibu bapa dan keluarga selagi mereka masih ada di depan mata..
.hingga ke hujung nyawa kita...

Keluarga Bahagia =)


"...aku cinta ABAHKU kerna Allah, aku cinta MAKKU kerna Allah,...dan aku cintakan keluargaku kerna Allah...alhamdulillah...kerna cinta Allah, Dia telah hadiahkan ku sebuah keluarga yang penuh mahabbah dari cintaNya...aku bahagia..TERIMAH YA ALLAH KERANA BERIKAN KU KEBAHAGIAN DIDUNIA INI, SEMOGA IANYA BERKEKALAN SAMPAI AKHIRAT..AMIN.."

ingat senang ke jadi seorg suami


ingat senang ke nk jadi org lelaki sebagai suami, ketua keluarga ni baru hal2 dunia, x termasuk akhirat lg.. =)
semoga tugas2 ni di lakukan dgn ikhlas dh dikira sebagai ibadat..:)

Template by:
Free Blog Templates