Sabtu, 20 Julai 2013

Jika Aku Mati Esok


 saat ni pasti.. tapi bila masanya?? xde siapa yang thu.. hanya allah sahaja yang thu :)

Jika aku mati esok, apa yang akan kulakukan pada hari terakhirku? Aku tahu aku akan bangun jew dari tido pada awal pagi untuk tunaikan solat subuh terakhir. Kemudian mungkin pergi bersarapan seperti yang biasa klu bleh kumpul ramai2 semua keluarga makan same2 J. Lalu aku akan kembali ke tempat tidurku, mengemas sedikit. Klu aku dah xde.. xde dah orang penat2 nak simpan tempat aku tidur.  Lepas tu dapatkan telefon dan hello semua orang borak sampai xde modal nak borak..time ni harap waktu bergerak perlahan supaya aku ada masa untuk buat semua ni. Sudah hampir tengah hari, mesti makan dengan keluarga tercinta. Kemudian menghabiskan hari terakhir. Berharap moga waktu akan perlahan. Harap sangat waktu berlalu dengan perlahan..sbb aku ingin abiskan waktu  hanya dengan keluarga tersayang..nak borak panjang..nak peluk n nk ucapkan kepada semua yg aku sayang mereka semua. J

Jika aku mati esok, berapa orang yang akan bersedih? Berapa orang yang akan menangis untuk aku ni yerr? Berapa orang yang ingin aku kembali? Berapa orang yang akan merasa kehilangan? Jika aku mati esok, apakah temanku akan ziarah kuburku? Apakah saudaraku akan datang menemuiku? Jika aku mati esok, apakah aku akan dirindukan? Apakah mereka akan selalu mengingatiku? Apakah kematianku membuat ramai orang bersedih? Apakah ada bezanya jika aku masih hidup sebelum aku mati?

Jika aku mati esok, kamu tahu semuanya ok. Hanya senyum padaku, KENANG KEMBALI SAAT INDAH. Jika aku mati esok, tolong sesiapa pun jangan menangis. Jauhkan kesedihan, kerana aku tak pernah jadi lelaki terbaik, adik terbaik, abang terbaik, terbaik mak dengan abah... Jika aku mati esok, adakah aku akan diampuni oleh semua orang yang telah aku khianati ketika aku masih hidup? Mereka yang aku sakiti hatinya, mengambil kesempatan darinya dan bahkan dibohongi. Peluk aku buat kali terakhir untuk pengampunan... ya aku amat ingin... Jika aku mati esok, adakah kamu akan merasa kehilangan? Esok adakah kamu akan mendail nombor aku secara tak sengaja, lalu tiba-tiba... terhenti? buka fb g kat wall aku.. tgok kembali gambar dan post yg lepas2..komen yg lepas2.. Dapatkan telefonku, mesej semua orang dari a sampai z. ckp member kita ni _______ telah kembali pada Penciptanya dan doakan dia bersemadi dengan aman ya. ruang yg kosng mungkin akan terisi  dengan namaku.. dan semua akan mula berkata. sbb2 kematian dan ada mula imbas kenangan masa idup..

Jika aku mati esok, matahari akan tetap bersinar... orang bersimpati hanya untuk sebentar... kemudian akan kembali seperti biasanya... Jika aku mati esok, aku tak pernah terfikir ianya akan membuat banyak perbezaan pada sesiapa pun.

JIKA AKU MATI ESOK.. “MATI” CUMA TAK TAHU BILA, JIKA AKU MATI ESOK, KU HARAP KAMU TAHU SEMUANYA OK. HANYA SENYUM PADAKU DAN KU HARAP ADA YANG MENDOAKAN KU DI SANA J


0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates